Saturday, February 21, 2009

Silat Ghaib/Silat Seru - Final Episod

.
Dalam mimpi tersebut, orang tua itu telah berkata dengan nada yang agak marah kepada saya, " Kalau pun cucu nak berzikir ke, berzanji ke, janganlah kuat-kuat sangat....... Habis anak cucu aku lari lintang pukang......" Kemudian orang tua itu pun hilang dengan serta merta.

Apabila saya terjaga, saya dapati hari sudah hampir pagi. Saya merasa hairan tentang apakah yang dimaksudkan oleh orang tua dalam mimpi tersebut. Akhirnya saya dapat menjangka yang orang tua tersebut mungkin syaitan kerana pada malam tersebut saya telah membaca ayat-ayat Al-Quran dengan suara yang kuat dari malam-malam yang sebelumnya. Mungkin dengan sebab itulah syaitan-syaitan atau jin-jin kafir bertempiaran lari apabila mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan suara yang nyaring terutamanya didalam hutan. Sekali sekala apabila saya teringatkan mimpi tersebut, saya akan tersenyum keseorangan.

Setelah saya pulang dan bertemu dengan kawan-kawan seperguruan, saya telah menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam terakhir saya dan juga tentang mimpi saya, mereka hanya sekadar ketawa dan menyatakan yang mereka sememangnya tidak terlibat langsung untuk cuba menakut-nakutkan saya pada malam itu.

Pada malam -malam yang berikutnya dan pada malam-malam tertentu, kami telah berlatih sesama sendiri untuk memahirkan persilatan kami. Disamping itu juga kami boleh memasang niat untuk mendapatkan bunga dan buah-buah silat dari seni persilatan yang ada seperti seperti Silat Sending, Silat Gayong dan sebagainya. Bagaimana pun silat-silat ini tidaklah dapat diperolehi/dikuasai secara 100 peratus. Ia juga bergantung kepada individu itu sendiri.

Pernah pada satu ketika, semasa saya belajar di UiTm dan semasa saya sedang berlatih dengan kawan-kawan secara 'main-main', saya telah dicabar oleh seorang kawan yang berasal dari Sabah yang kurang percaya dengan persilatan ini dan telah meminta saya menunjukkan 'tendangan sulit' dari Silat Cimande ( Cemande ) yang berasal dari Tanah Jawa. Untuk membuktikannya, saya telah memusatkan fokus saya supaya dapat menunjukkan tendangan tersebut. Apabila saya telah berjaya menunjukkan tendangan tersebut dimana tendangannya merupakan satu lompatan yang tinggi sambil membuat pusingan kebelakang yang menyerupai tendangan Bruce Lee , kawan saya telah tidak berkata apa-apa dan telah membenarkan yang tendangan tersebut memang merupakan tendangan sulit dari silat yang dimaksudkan.

Sepanjang saya mengamalkan silat ini, saya tidak pernah menggunakannya untuk mempertahankan diri kerana saya tidak pula pernah terlibat dalam sebarang pergaduhan kecuali ketika bermain rugbi dalam satu pertandingan ragbi antara jabatan ( fakuiti ) di UiTM. Dalam permainan tersebut, telah berlaku kekasaran dimana saya telah cuba ditumbuk oleh salah seorang pemain dari pihak lawan. Saya , dengan secara sepontan, telah dapat mengelaknya dan saya terus melipat tangannya sambil merebahkan badannya ketanah tanpa mempelajari/mengetahui jenis lipatan ( jurus ) yang saya saya lakukan .

Bagaimana pun , persilatan ini telah saya 'buang' dan saya telah tidak mempraktikkannya ( mengamalkannya ) kerana saya percaya persilatan ini tidak sesuai dan bertentangan dengan tuntutan Islam terutamanya mengenai buah-buah silat atau jurus-jurus silat yang "datang" tanpa kita mempelajarinya terlebih dahulu. Saya percaya jurus-jurus dan buah-buah silat yang diperolehi itu telah dapat dilakukan dengan pertolongan jin atau makhluk halus yang mungkin telah mengawal diri seseorang pesilat itu melalui puasa dan zikir-zikir yang diamalkan sebelum memperolehi persilatan ini.

Semoga Allah mengampuni dosa-doasa saya.
.

18 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Azmi. Dah lama tak bukak blog ni. Bila bukak tiba2 plak ada pasal silat seru.

Mmg betol lar, bila main silat seru, benda tu masuk dalam badan. Biasanya dia duk kat tangan n kaki, untuk membolehkan 'tuan rumah' bersilat tanpa belajar. Ada yang jenis tak sedar, ada yang jenis sedar tapi tak tau kenapa tangan n kaki boleh bergerak sendiri.

Bila ada seorang pengamal perubatan islam cuba keluarkan benda tu n masukkan dalam botol, boleh nampak bentuk dia. Kebiasaanya dalam bentuk tangan manusia. Untuk pukulan berbisa.

Satu lagi, saya tak paham kenapa apabila kita mengamalkan zikir2/isim2 badan kita akan panas. So, kena disejukkan sama ada dengan air tawar (seperti cerita pak azmi) atau dengan membaca ayat-ayat penyejuk lain.

Sedangkan saya tahu al-quran itu merupakan penyejuk kepada hati yang panas. Contoh bila dah marah, baca sahaja surah al-ikhlas atau istighfar, konfem sejuk. Tapi apa yang berlaku sebaliknya pulak.

Ada cerita pasal ibu gayong tak?

Pak Azmi said...

T/Kasih Pok Deng. Maaf lambat sikit jawab.
Ini kisah masa saya remaja dahulu, masa tu memanglah ada sifat ingin jadi juara dan yg terbaik diantara remaja-ramaja yg lain. Rupa2nya tersalah jalan. Masa tu memang berani pergi duduk sorang-sorang dalam hutan.
Saya tak pernah pulak dengar pasal ibu gayong. Mungkin Pok Deng boleh ceritakan dlm blog Pok Deng.
Wassalam

Tok Rimau said...

Sedang saya google pasal Harimau terjumpa la blog ni bercerita pasal Silat Harimau Berantai.

Saya pun baca semua arkibnya. Cerita2 tuan macam siri Bercakap dalam Jin.

Saya harap, tuan dapat menulis dengan baik dan membukukan cerita2 ini sebagai cerita dan teladan.

tdpp2008 said...

Assalamualaikum
Pak Azmi,, Dah tinggalkan tu hanya tak beramalkan ke atau betul - betul buang kang jadi cam ustaz Majid Akrine http://akrine.blogspot.com dah berpuluh tahun tak melompat rupanya masih tinggal kat dalam badan..

fakir al banjari said...

Salam.

Saya kali pertama ziarah blog ni. mohon tunjuk ajar dan teguran jika saya tersalah.

pertamanya pasal ibu gayong. (saya seorang pesilat gayong) sekadar yang saya tahu, yang kita (umat Islam) lazimi setiap hari.

Saya pernah belajar silat harimau berantai, dan masih memakainya, dan guru saya pernah menurun, dimasuki kuasa/jin/makhluk tidak diketahui ke dalam jasadnya. Bercakap, mengajar buah silat. tetapi telah saya tinggalkan bila mengetahui bahawa ia adalah meyalahi akidah Islam yang boleh membawa kepada syirik.

melalui pengalaman berkongsi bersama sahabat di beberapa peguruan silat, saya mempelajari 'gerak' dengan membaca surah Al-Fatihah. Wallahualam, tetapi badan boleh bergerak sendiri (bukan bersilat) hanya dengan membacanya. InsyaAllah saya yakini bacaan saya adalah betul kerana telah diperksaa oleh beberapa orag ustaz.

Saya mengetahui melalui pengalaman rawatan Islam terhadap gangguan diri bahawa terdapat makhluk yang memasuki tubuh manusia kerana bacaan tertentu yang kadangkala merupakan ayat Al-Quran lantaran beberapa kesalahan :
1. Bacaan doa bahasa arab yang tida difahami maksud oleh pembacanya walhal ia menyeru makhluk lain.
2. bacaan ayat Al-Quran yang bercampur aduk dengan doa yang mengandungi usur menyeru
3. bacaan ayat Al-Quran yang salah tartil, makhraj dan tajwidnya yang membawa maksud yang salah lalu menyeru makhluk lain.

Wallahu alam

Role of TRIP LEADER said...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya panjat syukur kerana terjumpa dengan blog saudara tentang kisah silat dari sudut berbeza - menurun.

Dimaklumkan silat telah menjadi popular sekarang ini di Eropah serta di Amerika syarikat. Hasil inisiatif seorang pengiat seni silat dari negara Brunei yang menetap di UK. - Safian Beladiri. Buat masa ini Silat telah disiarkan melalui siri 'Human Weapon' di history Channel Astro dan akan ditayangkan 2010 filem indonesia 'Merantau' berdasar silat harimau Minangkabau.

Silat alah Seni beladiri agak unik kerana ia pantas dan tangkas. Ia begitu menarik seperti akrobatik. Oleh kerana keilmuan beladiri sudah sampai ke seluruh dunia iaitu seni beladiri jepun, beladiri korea, beladiri india, beladiri china. Silat adalah seni beladiri yang terakhir dan paling unik antara beladiri yang lain serta agak susah dipelajari.

Gaya orang Eropah mempelajari seni silat agak melucukan. Ini disebab gaya langkah silat masih lemah. walaupun diajar oleh pelajar yang datang dari perguruan di indonesia and di Malaysia. malah silat olahraga masih kelihatan seperti ala Karate dan ala Teck kwan Do.

Kenapa Ia tidak bermaya dan tidak kesampaian? Sistem pendidikan silat tak sama dengan sistem pendidikan karate atau tel kwando. Malah alat berlatih pun tak sama.

Walhal silat melayu adalah silat hasil dari perantauan orang melayu berdagang dari india, afrika, srilangka, Filipina,indonesia , siam dan Cina. Orang melayu berdagang menjadi ketua nakoda atau kelasi kapal 1000 abad lamanya. Seni pertahanan ini sudah melalui 7 lautan dengan bertarung 7 jenis lanun dari 7 benua india, afrika, srilangka, Filipina, indonesia, siam dan Cina .

Silat sebenar lebih keras dan tegas dalam latihan tapi agak lembut & tangkas dipraktikan. ia barasakan pisau atau kris bukan tumbukan. Pengalaman berkelasi kapal telah diabadikan sebagai pahlawan istana apabila bersara. Ia diamalkan secara rahsia secara turun menurun dari generasi ke generasi melalui pertalian saudara datuk-anak-cucu - ia telah menjadi 'secret society' semasa penjajahan inggeris dan belanda 350 tahun di tanah melayu dan indonesia)

Ia sekarang ia semakin hilang. Orang muda sekarang dah tak nampak lagi. Hanya tinggal mistik,cerita dongeng, cerita khayalan. Sebenar silat adalah 'Real' nyata. Setaip guruan dari bukan perguruan melayu mengeruni jika disebut "silat". Terima kasih kepada safian beladiri (youtube) dan filem indonesia 'Merantau' (youtube) kerana memberikan tanggapan yang sebenar apakah itu silat.

Mengenai silat 'menurun' saya tiada komen. Saya cuma ingin beri pendapatan ke arah kebaikan untuk generasi muda belia sekarang agar mereka jangan lupa jati diri mereka seperti datuk nenek kita dulu sebagai orang berdagang ke 7 benua. Agar mereke mengambil jalan yang positif.

p/s di masa sekolah dulu sekali saja saya pernah masuk gelanggang menurun.Saja cuba-cuba. Tapi silat agak unik serta menarik. hal rasuk oleh jin itu sememang dan semestinya. anak murid perguruan datuk saya serta datuk saya semuanya susah hendak meninggal. macam bumi tak nak terima. menakutkan. mintak jauhkan ya allah.

so apakah cara yang positif atau peraturan baru atau sistem baru agar tak nampak kelakar di silat olahraga sedunia macam lawan karate ada Bunyi 'hei' asyik nak terajang je. mintak pandangan bersama.

wassalam

Pusat Rawatan Islam Al Munajat said...

tidak mustahil terjadi satu pertolongan luarbiasa kepada orang2beriman kepadanya "maunah" seperti mana mukjizat untuk para nabi,karomah untuk para wali sepertimana ulamak2 terdahulu yang menentang puak kafirin seperti sultan hasanudin makasar, imam bonjol,cut nyak den, kiai
salleh yang menentang kominis bintang 3,sheh Osman lenggong dll

Pusat Rawatan Islam Al Munajat said...

adakah kecepatan mengelak dari serangan musuh, kemenangan dengan musuh dengan berbagai pertolongan yang luarbiasa tidak mampu dilakukann oleh Allah sehingga kita menghukum jika berlaku begitu adalah dari syaitan semata-mata sedangkan kita perlu menilai syariat seseorang itu ingatlah saidina Ali tidak tewas dengan musuh yang beribu tapi tewas dengan musuh yang satu,kenapa? kerana telah sampai qodo dan qadarnya

Pusat Rawatan Islam Al Munajat said...

tentang bila beramal ayat quran atau berzikir badan jadi panas,tidak benar kerna quran itu menjadi ubat dan penawar bagi orang-orang yang beriman, yang menjadi panas kerana kita tidak beriman kita hanya membaca tapi kita tidak menghayati kandungan sebagai jalan kehidupan kita sebab itu bila seseorag membaca quran ada malaikat yang memohon kerahmatan atasnya sebaliknya ada orang membaca quran para malaikat melaknatinya kerana ia hanya membaca tetapi tidak melaksana

Pusat Rawatan Islam Al Munajat said...

tentang masallah mimpi juga kasyaf dan ilham sila rujuk buku karangan ulamak terkenal dunia yusuf al qordawi begitu juga tentang masallah ilmu tanpa payah belajar elokah kita merujuk kepada al quran dan hadis kerana ilmu laduni itu sememangnya ujud juga.tentang doa-doa dan amalan yang dibaca untuk kemenangan dari musuh turut dibaca oleh nabi Muhamamad contohnya bila rasulullah dikepung oleh 100 pemuda quraisy rasullah membaca ayat 9 dari surah yasin rasullaha dapat keluar dari rumah bersama saiydina Abu Bakar tanpa disedari oleh musuh-musuh sila semak dalam sirah

Pusat Rawatan Islam Al Munajat said...

tentang bila membaca ayat quran kemudian kita nmemohon pula dalam bahasa melayu, bukankahn kita boleh memohon dalam apa bahasa sekalipun selagi tidak ada unsur2 syirik erti nya kita bermohon dengan bertwasul dengan keberkatan ayat-ayat quran dan bila mengetahui makna kita memohon pada Allah dengan lebih khusyuk

AjeRi said...

salam pak azmi,

pengalaman tuan mmg menarik.anak buah saya pernah beramal dgn silat seru. alhamdulillah, stelah berubat, dia sembuh.

jemput ziarah ke blog saya kelak di www.kitabkehidupan.blogspot.com

salam persaudaraan dari Bumi Kenyalang,
Asri b Sapiee

Anonymous said...

salam pak tertarik dengan silat seru ni..saya nak kongsi pengalaman bernmain dengan silat seru wali 9 dan saya telah di sebatikan dengan mcm2 langkah silat tanpa belajar..datng dalm mipi macm2 pun ada alhamdulillah sampi sekarang bila dengar gendang hati berkocak nak buka langkah pak..

wati said...

assalam...sy xtau ape2 pasal silat tapi dalam mimpi sy, sy boleh bersilat dengan sgt tangkas dan cekap dan mengalahkan lawan sy. jika ketika dalam pertarungan itu sy sudah lemah, akan muncul lelaki berjubah putih membantu...sy seorang perempuan.

Anonymous said...

Pak azmi boleh tak terangkan antara perkara khurafat dalam harimau berantai

Nurul said...

Sye dlu x bleh dgar bunyi silat ... jdi kku.. naik angin... rse mcm nk blwan tp x berlawan cma tbeliak mta mndengar lagu silat... knpa ye?

Nurul said...

Sye dlu x bleh dgar bunyi silat ... jdi kku.. naik angin... rse mcm nk blwan tp x berlawan cma tbeliak mta mndengar lagu silat... knpa ye?

Zubairi said...

Pak Azmi...ada no phone?