Monday, October 27, 2008

Panglima Harimau Berantai

Baru-baru ini saya terbaca kisah salah seorang artis ( seniman) tempatan yang terkenal ditahun-tahun 60an dan awal 70an iaitu Allahyarham Ed Osmera ( 1942 - 2005). Pada zaman tersebut, kalau ada wayang lakonan beliau seperti Panglima Harimau Berantai atau Panca Indera Harimau Berantai, pasti saya akan menontonnya. Kadang-kadang, kalau tak cukup wang, saya dan kawan-kawan akan mencari botol untuk di jual. Wang ini kami akan gunakan untuk menonton wayang. Kadang-kadang saya kejabat pos untuk mengeluarkan wang simpanan saya sebanyak RM1, jumlah minima yang dibenar untuk dikeluarkan semata-mata untuk menonton wayang.Pada zaman tersebut, pejabat pos berfungsi seperti Bank Simpanan Nasional hari ini.

Pada masa itu bapak saya bertugas di Kuala Kerai, Kelantan. Panggung wayang ( pawagam ) pula terletak berdekatan dengan stesen keretapi. Masa tu keretapi kebanyakannya masih menggunakan arang batu. Harga tiket untuk kelas ke3 ialah 40 sen sahaja. Kerusi kelas ke3 berada kira-kira 7 atau 8 depa dari skrin wayang. Kalau nasib tak baik, dapat kerusi disebelah paling kiri atau kanan, jadi kena tengok wayang yang menyengetlah nampaknya.

Apa yang ingin saya perkatakan disini ialah mengenai satu seni silat 'ghaib' atau silat 'menurun'. Silat ini pernah saya mengikutinya ketika saya ditingkatan 5. Waktu itu saya tinggal disekolah berasrama di Perak. Pada malam Selasa dan malam Jumaat adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu. Pada malam-malam begini, saya dan kawan-kawan akan membuka gelanggang pada jam 12.00 tengah malam keatas. Dengan berbekalkan sedikit kemiyan, bara , mangkok bara dan keris kami akan kegelanggang. Saya pula adalah ketua gelanggang.

Dengan berpakaian silat yang serba hitam, kami akan berdiri dibelakang seorang 'jinjang'. Dia akan menyeru nama seorang panglima , ( seperti Hang Jebat, Hang Tuah, Harimau Berantai, Sang Adi Putra dll. ) dengan membaca beberapa isim yang tertentu dan seterusnya akan 'menurun'. Jinjang ini akan bersuara dan bertutur dalam bahasa Melayu lama. Apabila menyedari akan kedatangan panglima yang 'dipanggil', selaku ketua gelanggang, saya akan memulakan dengan memberi salam. Apabila salam telah dijawab, saya akan bertanya "siapa gerangan'. Sijinjang akan memberi tahu namanya seperti Jebat, Balong Hitam dsbnya. Ini perlu dilakukan kerana kadang-kadang orang yang 'dipanggil' tidak dapat 'datang'.
Pada kebiasaannya, panglima yang diseru ini akan berinteraksi dengan kami dan gemar mengajak kami untuk 'bermain' ( bersilat) dan ada juga yang akan hadir untuk menjadi guru dan mengajar silat. Guru 'ghaib' silat kami adalah Panglima Harimau Berantai. Katanya dia berasal dari Melaka dan berada dizaman selepas zaman Hang Tuah. Kami memanggilnya 'datuk'. Datuk panglima Harimau Berantai telah mengajar kami sejenis silat 'express' yang boleh tamat dalam 60 malam. Dalam proses perguruan, kami telah diajar dengan berbagai-bagai teknik persilatan dan pantang larang yang mesti kami lalui. Kami juga diajar bagaimana untuk 'bertempur' dengan mata ditutup, mandi minyak dan bertempur dengan menggunakan deria telinga, dll. Bagaimana pun saya telah tidak dapat menamatkan 'persilatan' saya kerana pada keesokan harinya saya mudah mengantuk terutama didalam kelas.
Jika terdapat lebih dari seorang yang boleh menjadi jinjang, kami akan memanggil dua atau tiga orang panglima. Kadang-kadang terdapat kedua-dua panglima ini mengenali satu sama lain seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat ini kalau 'dipanggil', dia akan menjerit-jerit dan meminta sesiapa diantara kami yang boleh 'memanggil' Hang Tuah. Katanya ia ingin membalas dendam atas kematiannya ditangan Hang Tuah. Hang Kasturi pula jika 'dipanggil', akan mudah sebak apabila ditanya tentang Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Lekir dan Hang Lekiu pula tidak begitu agresif macam Hang Jebat. Hang Tuah , jika 'dipanggil', lebih beperwatakan seperti orang tua. Selain dari itu, terdapat juga panglima-panglima yang boleh mengurut dan menenung. Selain dari bersilat, mereka juga suka bergurau dan bergelak ketawa.
Sesuatu yang agak menghairankan ialah 'mereka-mereka' yang 'dipanggil' ini tidak boleh didedahkan dengan cahaya yang terang seperti lampu atau api. Jika ini berlaku, mereka akan memalingkan muka mereka kearah lain. Mereka juga akan bergegas 'pulang' sebelum subuh menjelma.
Untuk menjadi jinjang bagi kali pertamanya, isim yang digunakan untuk 'memanggil' panglima-panglima adalah sepertti berikut:
1) Berwuduk
2) Membaca surah-surah ringkas tertentu ( surah Al-Quran)
3) Membaca : " Ya Allah, ya Tuhan ku, kau datangkanlah ....Datuk Panglima ( sebutkan nama panglima) akan daku dengan berkat syufaat Sheikh Abdul Kadir Jailani kerana aku dalam bala tentera Imam Mahadi.
Kemudian si Jinjang hendaklah berpusing dalam keadaan tertentu sehinggalah ia 'didatangi' oleh panglima yang dimaksudkan. Tidak semua orang berupaya untuk menjadi jinjang. Jika seseorang itu telah berjaya menjadi jinjang dan jika ia ingin 'memanggil' mana-mana panglima, jinjang tersebut hanya perlu berdiri tegak mengadap kiblat dan seterusnya berniat 'memanggil' sebarang panglima yang diinginkan.
Selepas saya meninggalkan bangku sekolah dan bertanyakan beberapa orang ustaz dan bijak pandai dalam hal-hal ugama Islam, saya mendapati perbuatan 'memanggil' atau 'menurun' panglima-panglima ini adalah perkara kurafat dan bertentangan dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. Ia adalah satu perbuatan yang memuja jin ( jinjang adalah gabungan perkataan jin dan jang - orang Melaka kata awak - jadi jinjang adalah jin dan awak ). Semoga Alllah mengampun kami yang dulunya menganggap ia adalah sesuatu dari cabang ilmu persilatan Melayu yang perlu diperjuangkan.
P/S Kami diberitahu oleh 'panglima-panglima' ini , mereka adalah merupakan roh panglima dahulu kala yang telah kembali kebumi untuk mengajar silat kepada anak-anak muda bagi mempertahan ugama, keluarga dan tanah air kerana pada masa ini kononnya sudah tidak ramai orang yang ingin menurunkan seni persilatan kegenerasi yang seterusnya.

31 comments:

Kama At-Tarawis said...

Heh Pak Azmi, seramlah bab seru mnyeru ni! Tapi saya pernah tengok upacara silat sebegini rupa masa muda-muda dulu.. zaman2 70'an..

Pak Azmi said...

Kama at-tarawis,
Pada zaman-zaman 70an, memang banyak perkara-perkara begini. Kalau diizinkan Allah, saya akan menceritakan lagi pengalaman saya menjadi 'kebal', 'silat angin". Thank you for your for visit

Sir Pรถk Dรฉng said...

Salam Pak Azmi,

Saya sarankan pak azmi jadikan blog ini sebagai tempat cerita pak azmi dengan dunia ghaib silat ni. Sebab saya minat tentang cerita2 macam ni. Just minat je lah. Sebab saya sendiri tahu tentang kehadiran jin penyesat manusia tu.

P/s: Pak Azmi and the gang dah kena tipu idup2 dengan jin tu. Hihi. Kadang2 jin tu mmg betol idup satu zaman dengan hang tuah pon. Maybe dia pegi tengok hang tuah berlatih silat, so ilmu silat hang tuah masih ada pada dia. Tapi yang tak tahan tu, dia dakwa diri dia hang tuah. So, orang melayu pon percaya lah bulat-bulat.

Oh ya, saya dari Silat Seni Gayong.

Pak Azmi said...

Salam,
Kalau nak buat blog ni sebagai blog cerita ghaib, susah juga sebab lama-lama nanti tak ada bahan yg nak dipostkan.
Apa yg Pok Deng katakan tu memang betul, jin ini kenal dgn Hang Tuah kemudiannya dia ikut bersilat sama, lepas Hang Tuah tak ada dia pulak yg mengaku dialah Hang Tuah. Sebab tu saya tak suka tengok The Seekers, tv4. Semasa dia orang tengah dok buat persiapan pengambaran, jin2 ni sebenarnya dah tahu dah, mereka senyum sesama mereka. Mereka adalah maklok yg berakal!

Kama At-Tarawis said...

Pak Azmi - saya sokong pok deng punya saranan..ceritalah lagi.. this topic menarik.. alam ghaib ni ada tarikan tersendiri..
saya nak pautkan blog pak zami dengan my site, boleh visit selalu..

Pak Azmi said...

Salam,
oklah, boleh lihat posting saya - Panglima Harimau Berantai- Final Episod - macam cerita Star Wars pulak!

Anonymous said...

maner ader khurafat ...kiter bukan minta ngan jin.kan masapemohonan tu kiter ader sebut ya Allah datangkanlah silat (yg dipelajari)berkat syafaat yg telah engkau datangkan kepada sheikh abdul kadir jilani...maner ader panggil jin?? dan kiter hanya minta berkat yg Allah s.w.t beri kepada sheikh abdul kadir jilani...itu ajerrrr
silat ini bukan smua yg tahu kadang2 org yg berumur 6othn pun x pernah dengar inikan ustaz yg berumur 30-an....renung2 kanlah wahai teman lebih baik diam klu x tahu ape2 ia akan mgundang dosa.....pesilat farasha.......

Anonymous said...

Salam Anonymous..

Satu soalan mudah untuk memanggil akal menterjemah soalan ini:

Apakah beza antara ilmu Allah dengan ilmu Jin?

1) Ilmu yang diperoleh daripada Jin tersebut bukanlah ilmu yang benar. Tidak melampau jika saya katakan menyeru kekuatan jin adalah seperti bersihir, sedangkan ilmu Allah adalah ilmu yang benar. Perlu diingat bahawa ada ilmu benar (ilmu Allah) dan ilmu batil (sihir, penipuan dll). Musa berkata kepada Khaidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu.”(Surah al-Kahfi ayat 66). Memang taktik syaitan itu mencampur-adukkan yang benar dan yang batil, tetapi setelah kita tahu apa yang benar, kita dapat mengenal yang batil. Firman Allah: "Apakah lagi selepas kebenaran, melainkan kesesatan?" (surah Yunus ayat 32).

2) Kita dapat melihat Jin yang terlibat adalah Jin pendusta, mengaku diri sebagai roh orang-orang yang telah mati, tidak lain sebagai penyesat dan perosak akidah dan iman kita. Firman Allah: "Dan bahwasanya ada beberapa orang dari laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada laki-laki di antara jin kemudian jin-jin itu menambah kepada mereka rasa takut" (Surah al-Jin ayat 6). Syaitan dan tenteranya sentiasa mengambil apa sahaja jalan untuk menyesatkan manusia TERUTAMANYA jalan yang TIDAK JELAS HUKUMNYA pada akal manusia.

3) Janganlah kita nafikan bahawa penglibatan Jin dalam ilmu persilatan ini akan menyebabkan hati berasa megah (terutama kerana pengaruh Jin yang sangat kuat) dan menyebabkan perasaan sombong dan takabbur. Apakah lagi punca manusia meminta kuasa yang sangat hebat, terutamanya secara express, kecuali dengan nafsu untuk menunjukkan kehebatan ke atas manusia lain? Cabar-mencabar akan berlaku, dan demi ego, pesilat akan terus-menerus meminta bantuan Jin tadi. Apakah ini yang cuba dikatakan "Kiter bukan mintak dengan Jin pun, kiter mintak melalui syafaat je?" Tidak mustahil ini akan menjerumuskan pesilat ke dalam kesesatan yang lebih jauh, apabila Jin mengenakan "syarat-syarat" alam ghaib yang kadang-kala kita tidak sedar kesesatannya (kerana akal kurang jelas membuat hukum berkenaan alam ini).

Sebagai orang beriman, wajib bagi kita meyakini bahawa Allah itu berkuasa ke atas sesuatu, dan dia mampu mengalahkan sesiapa pun, dan dia mampu memenangkan sesiapa pun. Tidak lain, inilah ujian Allah kepada hamba-hambanya untuk menguji iman dan akal mereka.

Ada banyak lagi sebab mengapa perkara berdamping dengan anak-anak buah Syaitan ini perlu dijauhi, tetapi saya percaya jika pembaca mendalami sendiri insya-Allah akan dibantu Allah untuk memahaminya sendiri.

Sungguh, Allah-lah Cahaya Yang Menerangi,
Sungguh Manusia itu Kufur lagi Sesat.

Wassalam.

Unknown said...

saya nk tau pasal panglima yg menjaga harta sultan melaka...

Anonymous said...

salam pak azmi ..
adakah ilmu ini syirik? ..
y sy tau ilmu ini di panggil silat HAK.sy sndri ad belajar ilmu ini.ilmu ini mengunakan ayat2 al-quran dan sy sndri y bermain gerak tari panglima harimau berantai.sy juga dinyatakan bahawa apa y sy dan rakan2 main itu bukan roh panglima,pahlawan duka kala.tetapi amalan mereka.harap pak azmi boleh terangkan lg kepada sy ttg silat HAK ni.

Anonymous said...

Salam pak azmi..sy ingn bgtahu pd pak azmi,sy ni da keturunan tok panglima harimau brantai..sy xtahu knapa sy ni da kturunan..ayah sy dlu aktif silat jgak..tp ayh sy pn dia xtahu yg dia da kturunan jgk..walaupn da lame xgiat silat lg..suami sy lak asal kturunan pnglima htm.dlm family suami sy ni mak mentua,suami sy n adk ipar sy dorg ni trpilh untk kturunan tok2 dlu..pnjg lg nk ceta ni..tp sy da lma xamalkn zikir da..smpi skrg sy xpcya pasal kturunan ni..

Unknown said...

Pak Azmi kn ada kata gelanggang di perak kn ?
tapi dkt mna eh ?

Unknown said...

assalamualaikum pak azmi ..
boleh x pak azmi ijazahkan sye ape2 ilmu batin or silat?

Anonymous said...

Dr pengalaman adik sy yg penah brtemu panglima ke pendekar.. Harimau berantai, ummm...katanya semua 5 pendekar zaman melaka time tu.. Tak penah dia dgr.

Anonymous said...

Nice post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Very useful information particularly the last part :) I care for such info a lot. I was seeking this particular info for a very long time. Thank you and good luck.

Feel free to visit my page ... registry cleaners

Anonymous said...

Apa lah yg syiriknya pulak...jin tu pun mahkluk Allah jugak...kita cuma belajar dgn dia aje, bukannya menyembah dia...katalah kalau Jin tu terror Math & Science...mesti ramai Prof2 kat U tu pun berguru dgn dia....sikit2 syirik,sikit2 syirik...bukaklah minda tu sikit...ex-ahli Silat Serimau Hitam.

Anonymous said...

SALAM PAK AZMI SAYA PERNAH MENYERU JUGAK TETAPI TIBA TIBA MENJELMA 5 WANITA BOGEL SAMBIL MEMALINGKAN PUNGUNG KEARAH KAMI BERLIMA SO APALAGI BALUNLAH FUYOO SODAP

Anonymous said...

SALAM PAK AZMI SAYA PERNAH MENYERU JUGAK TETAPI TIBA TIBA MENJELMA 5 WANITA BOGEL SAMBIL MEMALINGKAN PUNGUNG KEARAH KAMI BERLIMA SO APALAGI BALUNLAH FUYOO SODAP

Anonymous said...

SALAM PAK AZMI SAYA PERNAH MENYERU JUGAK TETAPI TIBA TIBA MENJELMA 5 WANITA BOGEL SAMBIL MEMALINGKAN PUNGUNG KEARAH KAMI BERLIMA SO APALAGI BALUNLAH FUYOO SODAP

Unknown said...

Assalammualaikum..keturunan Harimau Berantai memang ada,,dulu sye pernah sakit,,,dalam sakit sye melawan(benda2 ghaib)x semena-mena sye tepuk bumi(cengkam)masuk alam ghaib,,aku lah Harimau Berantai..,,dalam alam tu semua Harimau...p/s bermaksud erti kata Harimau Berantai apa?..

Unknown said...

Jika benar pak azmi mgenali Datuk Panglima Berantai...dari manakah asal usulnya?
Jurus apakah yg telah diajar?

Unknown said...

Mcm saya ustaz...saya ada main gerak silat..x kisah la gerak silat panglima mana2 pun..tpi sblom bersilat tu saya amik wuduk dan dlm silat tu saya berzikir...tapi saya x seru roh..cuma mohon dgn allah supaya masukan seni gerak silat panglima yg saya nk guna sahaja...apa hukum nya

Unknown said...

Cerita yg paling kantoi adalah, "hang jebat suka menjerit jerit memanggil hang tuah utk membalas dendam atas kematian nya",....

Hang Tuah dan sahabatnya adalah waliyullah, mana mungkin Tuah membunuh Jebat melainkan satu helah utk melepaskan diri dari kerajaan zalim sultan melaka waktu itu,....!!!

Dari situ dah nampak terkantoi, silat dalam blog ni adalah silat syaitan, dengan menyeru jin,......

Jin yang mengaku hang Tuah, hang Jebat dan panglima2 lain itu mungkin Qarin mereka, bila mereka meninggal, qarin x meninggal,.....

Qarin a.k.a jin pendamping ada pada setiap manusia yg lahir ke atas muka bumi, apabila meninggal jadi hantu, itu bukan lah roh simati tersebut melainkan Qarinnya , iaitu jin pendamping si mati yg mnjadi hantu,!!!....

Tok Wan Gila said...

Panglima berantai tu gelaran atau pangkat. Seperti datuk maharaja lela, panglima Hitam, datuk bendahara bija diraja, Datuk betara mangkubumi. Semua tu adalah pangkat atau gelaran anugerah sultan dulu2. Setiap negeri ada anugerah masing2. Klu pandai cer Tanya nama deme yg sebenar. Hu3. Sya percaya pasal silat ghaib ni. Penah beljar Dan masih beramal. Tp xtaksub Pn. SB buah, gerak pukulan nya mmg cantik. Lain Dr yg lain.
Minta gerak hafal LPs tu train.. Xde salahpn. Bkn memuja selain Allah. Sya xpnh minta ilmu yg pelik2. Cuma gerak silat je la.

anak_makayah said...

saya pernah mintak elmu jdi kaya... sungguh mudah rupenya..amalkan zikir,rajin beribadah dan bersedekah nescaya kamu akn kaye di akhirat kelak.. InshaAllah Taala ๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹๐Ÿ˜

Unknown said...

Saya stuju

Unknown said...

Saya pun nak tahu. .Ad yang boleh jelas kan . Silat gerak. Bersilat tapi sedar . Bukan seru

Unknown said...

Maaf tuan. .Tumpang tnya...saya ad belajat jugak ilmu gerak silat.. Tpi masa saya tengah bersilat.. Ada yang datang melihat ..AdakAh itu panglima yang kita belajar gerak nya...

Unknown said...

Bagaimana cara memutuskan perhubungan yang sulit seperti musa a tau hasan

Unknown said...

Slm pak azmi klau belajar silat harimau berantai bolehke?

Anonymous said...

Assalammualaikum, saya sebenarnya masih baru dalam dunia persilatan. Silat yang wujud sekarang ini hanya lah sebagai olahraga semata-mata. Tidak seperti orang-orang dahulu yang mempunyai dan belajar ilmu kebatinan. Dalam filem "Panglima Harimau Berantai" dan penerus filem ini iaitu "Panca Indera Harimau Berantai" adalah salah satu silat yang mana masih menjadi tanda tanya pada saya. Wujud kah ilmu yang membolehkan pesilat nya terbang dan menghilangkan diri, serta muncul di tempat yang lain. Dalam Movie Indonesia iaitu "7 Manusia Harimau" juga menyerlahkan ilmu kebatinan dan manusia-manusia yang terpilih sahaja yang mampu mempunyai ilmu tersebut. Walaupun sekadar movie semata, masih menjadi tanda tanya pada saya. Kerana tak mungkin sesebuah filem itu dibuat hanya bersahaja, pasti ilmu tersebut wujud. Cuma yang belum pasti adakah ianya ke arah yang benar atau bukan. Jika ada yang dapat menjelaskan persoalan, sila jawap kan . kerana saya benar-benar ingin tahu. Tentang apa itu khodam, ilmu batin dsb.